THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, September 22, 2008

Percutian ke Mersing..





































Ermmm..kali ini aku pergi bercuti lagi..destinasi seterusnya ialah ke air papan, mersing..percutian ini memang telah dirancang sejak awal semester lagi oleh kawan-kawanku..pada awal bulan julai yang lalu, kami telah bertolak ke mersing dari segamat dengan menaiki bas..percutian ini telah disertai seramai 6 orang iaitu aku, ika, bahiah, kak uda, kak efa dan kak lin..kami bertolak dari segamat pada pukul 2 petang..ini adalah kali pertama aku hendak pergi ke mersing..tidak sabar rasanya untuk menjejakkan kaki di bumi Mersing..lebih kurang 4 jam perjalanan, akhirnya kami sampai juga di mersing pada pukul 6 petang..kami bermalam di rumah ika untuk lebih mersai suasana kampung..pada malam itu, kami tidak melakukan sebarang aktiviti kerana badan berasa letih..





Pada hari pertama, pagi itu kami memulakan aktiviti dengan mandi di pantai..kami membawa bekalan makanan untuk dibawa ke pantai..alangkah seronok nya saat itu..kami mandi dengan sepuas-puasnya hingga ke petang..pada petangnya pula, ika membawa kami semua jalan-jalan keliling kampung dan pergi ke pasar tani di bandar Mersing..kami membeli bahan-bahan masak untuk aktiviti malam..malam menjelang tiba...pada malam itu, kami berkumpul di tepi pantai sambil membuat barbeku..kami menghabiskan malam itu dengan berseronok kerana pada esok hari kami akan bertolak pulang ke segamat..sedihnya...






Pada hari terakhir, kami bertolak pulang ke segamat pada pukul 10 pagi..percutian di Mersing adalah percutianku yang paling indah bersama rakan-rakan tersayang..kenangan ini pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila..